home
homestay mobile portal guide
 
Sesebuah keluarga dibina berpandukan empat nilai penting iaitu kejujuran, toleransi, kasih sayang dan tradisi, iaitu intipati
suatu pengalaman Homestay Malaysia. Temui suatu tempat tanpa ruang terhad, pagar atau tembok batu-bata yang membahagikan sesebuah masyarakat, di mana semangat kekeluargaan tiada batasannya.
Dekatilah pengalaman Homestay Malaysia dengan hati dan minda yang terbuka. Izinkan diri anda menjadi terpukau oleh
kasih sayang dan kemesraan sebuah keluarga. Kongsi kehidupan mereka, budaya mereka dan bentukkan ikatan abadi
bersama insan-insan unggul ini.
Hati anda pasti tersentuh dengan semangat dan pengorbanan mereka apabila seluruh kampung, tak kira tua atau muda, bekerjasama bagi memastikan Homestay anda menjadi satu pengalaman yang akan diingati seumur hidup.
Homestay Malaysia berdaftar adalah berdaftar dan diluluskan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan disenaraikan di dalam direktori rasmi Homestay:
http://www.go2homestay.com/en/homestay_directory.php Sebuah Homestay Malaysia berdaftar mempunyai...
  • Surat kelulusan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia untuk menjalankan aktiviti, pemasaran dan promosi Homestay secara sah.
  • Lambang rasmi Program Homestay Malaysia tertera di pintu depan mereka.
  • Aktiviti budaya untuk para pengunjung termasuk memancing, meneroka rimba belantara, persembahan budaya dsbnya.
  • Semak dengan operator Homestay Malaysia jika mereka bertauliah sebelum membuat sebarang tempahan.
    Apabila merancang percutian Homestay Malaysia bersama keluarga dan rakan-rakan anda, pastikan destinasi anda adalah bertauliah dan disahkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Homestay Malaysia,
    hubungi kami di www.go2homestay.com/inquiries.
    homestay directory
    Moyea Web Player