home
homestay mobile portal guide
Anda telah dipilih sebagai salah satu pemenang kelayakan untuk peraduan go2homestay.com Johor. Anda akan dihubungi oleh M.o.A.d Technologies tidak lama lagi untuk arahan dan maklumat lanjut. Bagi pihak go2homestay.com dan Kementerian Pelancongan Malaysia kami mengucapkan terima kasih di atas penyertaan anda.
Harlinashahrazad Binti Hamzah (I/C:721025-14-XXXX)
George Ong Jun Chong (I/C:880829-52-XXXX)
Lee Chien Hong (I/C:900228-08-XXXX)
Shankar A/L Tanesan (I/C:XXXXXX-XX-XXXX)
Muhammad Danial Yap Kok Soon (I/C:810625-14-XXXX)
Mohd Nazril Harun (I/C:800515-14-XXXX)
Huraizah Mat Hassan (I/C:760421-03-XXXX)
Shimanorhiza (I/C:791114-08-XXXX)
Azinu (I/C: 790722-03-XXXX)
Mohammed Ismail Bin Abdul Haiyee (I/C: 720131-10-XXXX)
Terms & Conditions
Penyertaan SMS dan MMS dalam peraduan ini hanya ditawarkan kepada semua pengguna Maxis dan Celcom. TIADA YURAN LANGGANAN dikenakan. Ia tertakluk kepada caj standard SMS dan MMS. Untuk mengeluarkan nombor telefon bimbit anda daripada sistem kami, hantarkan SMS STOP HS ke 33307 (untuk pengguna Maxis dan Celcom sahaja). Terma dan Syarat bagi Peraduan go2homestay.com adalah seperti berikut:
1.Untuk menyertai peraduan ini, hantar ON HS ke 33307 dan jawab dua soalan. Peserta akan dinilai berdasarkan bilangan sms yang dihantar dengan jawapan yang betul. Anda boleh menghantar sebanyak mana penyertaan yang anda inginkan.
2.10 pemenang bagi pusingan kelayakan adalah layak untuk bertanding bagi merebut Hadiah Utama di mana peserta perlu bercuti di Homestay terpilih dengan pakej percutian 3H/2M (bila-bila masa antara bulan XXXX dan XXXX 2010) dan merakamkan maksimum 3 gambar yang menggambarkan “Pengalaman Homestay” terbaik. Foto(-foto) ini perlu dihantar ke (nyatakan emel di sini) melalui emel. Peserta dengan foto paling kreatif dan menarik akan memenangi Hadiah Utama.
3.Dengan menghantar sebarang penyertaan, anda menerima, mengakui dan bersetuju bahawa peraduan ini tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut, dan sebarang arahan mengenai cara menyertai peraduan ini membentuk sebahagian daripada terma dan syaratnya.
4.Peraduan ini terbuka kepada semua warga Malaysia dan bukan warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Peserta di bawah umur 18 harus mendapatkan keizinan ibubapa untuk menyertai Peraduan go2homestay.com. Mereka yang TIDAK layak menyertai adalah kakitangan sepenuh masa/separuh masa NewsZapped Media, Kementerian Pelancongan Malaysia, MoAd Technologies dan kaum keluarga yang terdekat.
5.Kos perjalanan (pergi balik) ke lokasi Homestay terpilih adalah tanggungjawab peserta. Pakej percutian 3H/2M Homestay merangkumi penginapan biasa dan kos makanan oleh pengendali lokasi Homestay terpilih. Sebarang kos tambahan di Homestay juga adalah tanggungjawab peserta. Homestay terpilih adalah pengendali Homestay berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia (MOTOUR). Senarai pengendali Homestay berlesen dan berdaftar juga disediakan di http://www.go2homestay.com dan http://homestay.uum.edu.my/
6.Pihak Penganjur dan Kementerian Pelancongan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kemalangan dan kerosakan yang dialami oleh peserta sepanjang perjalanan pergi, menginap dan balik daripada lokasi Homestay.
7.Pemenang Hadiah Utama akan ditentukan berdasarkan kualiti dan kreativiti foto(-foto) yang dihantar. Penilaian dan keputusan akhir akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Peraduan serta Penganjur dan adalah dianggap muktamad untuk sebarang situasi. Sebarang aduan, rayuan dan/atau surat-menyurat daripada peserta tidak akan dilayan. Foto yang menang akan dipamerkan dalam laman web www.go2homestay.com dan pemenang pusingan Kelayakan dan Utama akan dimaklumkan melalui emel dan SMS.
8.Pihak penganjur dan Kementerian Pelancongan Malaysia berhak meminda Terma dan Syarat Peraduan go2homestay.com dan/atau menggantikan hadiah-hadiah yang ditawarkan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
9.Pihak penganjur dan Kementerian Pelancongan Malaysia berhak mengubah, menukar dan mengubah suai mekanisme peraduan dan hadiah tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
10.Pihak penganjur dan Kementerian Pelancongan Malaysia berhak membatalkan, memberhentikan atau menangguhkan Peraduan go2homestay.com Contest dengan atau tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Bagi mengelak sebarang kemusykilan, pembatalan, pemberhentian atau penangguhan oleh pihak penganjur dan Kementerian Pelancongan Malaysia tidak bermakna peserta berhak membuat sebarang tuntutan atau memohon pampas an bagi sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung akibat langsung atau secara tidak langsung daripada pembatalan, pemberhentian atau penangguhan.
11.Hadiah-hadiah tidak boleh ditukar dan/atau dipindahmilik. Kegagalan untuk menebus hadiah dalam tempoh 3 Bulan dari tarikh pemberitahuan akan membatalkannya tanpa sebarang pampasan.
12.Segala maklumat akan dianggap rahsia dan untuk kegunaan dalaman sahaja.
13.Penghantaran foto-foto dan kandungan video untuk peraduan ini dianggap karya asli para peserta, sebarang pelanggaran hakcipta atau penyertaan peraduan bukan karya peserta bukanlah tanggungjawab pihak penganjur dan organisasi merangkumi Kementerian Pelancongan Malaysia dan MoAd Technologies Sdn. Bhd. Jawatankuasa peraduan berhak menghalang, membatal dan mengeluarkan mana-mana foto dan kandungan video yang dihantarkan untuk peraduan jika dan apabila berlakunya sebarang pelanggaran hakcipta.
 


homestay directory
Moyea Web Player