Terma & Syarat (Peraduan Get ON & Get Touch go2homestay.com)
TIADA YURAN LANGGANAN. Tertakluk kepada caj standard sms. Untuk membatalkan nombor telefon mobil anda dari sistem kami, SMS STOP HS ke 33307 (untuk pelanggan Maxis dan Celcom sahaja). Terma & Syarat Peraduan Get ON & Get Touch go2homestay.com adalah seperti berikut:
General
1.Untuk menyertainya, sms ON HS GO4 ke 33307, untuk negeri Sarawak sms ON HS GO6 dan jawab 1 soalan mudah. Kemudian, log masuk ke www.go2homestay.com untuk melengkapkan pendaftaran anda.
2.Tujuan pengaktifan telefon mobil dengan menghantar mesej sms ON HS ke 33307 adalah supaya Kementerian Pelancongan Malaysia dan agensi pemasaran mobil terpilih, MoAd Technologies Sdn Bhd dapat menyiarkan mesej promosi mengenai pertandingan atau aktiviti yang dipromosikan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan MoAd Technologies Sdn Bhd.
3.Semua pelajar dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun perlu mendapatkan keizinan/kebenaran daripada ibubapa untuk menyertai pengaktifan sms mobil dengan menghantar mesej sms ON HS ke 33307 melalui rangkaian Maxis atau Celcom.
4.Pengaktifan ON HS ke 33307 boleh dibatalkan atau dihentikan dengan menghantar mesej sms STOP HS ke 33307 melalui rangkaian Maxis atau Celcom.
5.Semua caj sms adalah mengikut caj standard pembekal telekomunikasi/rangkaian yang berkenaan. Tiada caj premium untuk sms pengaktifan dan komunikasi melalui 33307.
6.Dengan mengaktifkan nombor telefon mobil anda menggunakan mesej sms ON HS ke 33307, adalah dianggap bahawa anda telah membaca dan menerima terma dan syarat promosi dan aktiviti Kementerian Pelancongan Malaysia dan MoAd Technologies Sdn Bhd.
7.Untuk maklumat lanjut mengenai ON HS dan 33307, sila emel semua pertanyaan anda ke contest@go2homestay.com atau dial 603 6205 2922 (9 pagi hingga 6 petang).
8.Hadiah-hadiah yang ditawarkan melalui Peraduan Get ON & Get Touch go2homestay.com adalah seperti berikut:
8 pemenang, setiap seorang mendapat sebuah iPod Touch (8GB)
9.Dengan menghantar penyertaan anda, peserta menerima, memperakui dan bersetuju bahawa peraduan ini tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut, dan sebarang arahan mengenai cara menyertai peraduan ini adalah sebahagian daripada terma dan syarat ini.
10.Peraduan ini terbuka kepada semua warga Malaysia & bukan warga Malaysia berumur tujuh belas (17) dan ke atas. Peserta di bawah umur 17 memerlukan kebenaran daripada ibubapa untuk menyertai peraduan go2homestay.com. Mereka yang TIDAK layak untuk menyertai adalah kakitangan sepenuh masa/separuh masa Kementerian Pelancongan Malaysia dan MoAd Technologies Sdn. Bhd. serta keluarga terdekat mereka.
11.Pemenang akan ditentukan secara rambang. Pengadilan dan keputusan akhir akan ditentukan oleh Jawatankuasa Peraduan serta Penganjur dan adalah muktamad; sebarang aduan, rayuan dan/atau surat-menyurat daripada peserta tidak akan dilayan. Pemenang akan dimaklumkan melalui emel, telefon dan SMS.
12.Pihak penganjur dan Kementerian Pelancongan Malaysia berhak mengubah Terma dan Syarat Peraduan Get On & Get Touch go2homestay.com dan/atau menggantikan hadiah-hadiah pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
13.Pihak penganjur dan Kementerian Pelancongan Malaysia berhak membatal, menamatkan atau menangguhkan Peraduan Get On & Get Touch go2homestay.com dengan atau tanpa sebarang notis atau alasan. Bagi mengelakkan kekeliruan, pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh penganjur dan Kementerian Pelancongan Malaysia tidak melayakkan peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan untuk sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung akibat secara langsung atau tidak langsung daripada pembatalan, penamatan atau penangguhan peraduan ini.
14.Hadiah tidak boleh ditukarganti dan/atau dipindah milik. Kegagalan untuk menebus hadiah dalam tempoh 3 Bulan dari tarikh pemberitahuan akan membatalkannya tanpa sebarang pampasan.
15.Segala maklumat akan dianggap rahsia dan untuk kegunaan Kementerian Pelancongan Malaysia dan MoAd Technologies Sdn. Bhd.
16.Juga, dengan mendaftar di go2homestay.com, anda menerima, memperakui dan bersetuju dengan semua terma dan syarat. Penganjur dan Kementerian Pelancongan Malaysia berhak, mengikut budi bicara mereka, mengubah, membatalkan sebahagian atau dengan apa cara sekalipun mengubah dan/atau menyemak semula Terma-terma tanpa memberi notis kepada anda. Penggunaan berterusan anda di laman web go2homestay.com dan Portal Mobil selepas sebarang variasi, pindaan dan/atau semakan semula menandakan anda menerima terma-terma sepertimana ia diubah atau disemak semula.
17.Anda harus berusia sekurang-kurangnya tujuh belas tahun (17) untuk mendaftar secara sah di www.go2homestay.com yang turut merangkumi pendaftaran melalui telefon mobil dengan SMS ON HS ke 33307. Dengan pendaftaran ini, anda memperakui bahawa anda berumur sekurang-kurangya 17 tahun.
18.go2homestay.com tidak direka untuk digunakan oleh kanak-kanak di bawah umur dua belas (12) dan semua pengguna di antara usia dua belas (12) dan tujuh belas (17) mesti mendapatkan kebenaran daripada ibubapa/penjaga sah mereka sebelum mendaftar di go2homestay.com.
19.Sekiranya anda, selaku ibubapa/penjaga sah, ingin membenarkan anak anda mendaftar di go2homestay.com, anda mengesahkan bahawa anak anda akan mendapat keizinan untuk mengakses laman web dan portal mobil termasuk mel elektronik tanpa had (‘emel’) dan keupayaan melayari laman web melalui telefon mobil,jika berkenaan, tetapi anda tetap bertanggungjawab ke atas penggunaan anak anda untuk mengakses laman web go2homestay.com dan portal mobile.
20.Anda juga memperakui bahawa, selaku ibubapa/penjaga sah, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa penggunaan laman web go2homestay.com & portal mobil dan/atau kandungan yang ditransmisi melalui laman web go2homestay.com & portal mobil adalah sesuai untuk anak anda.
21.Hadiah tidak boleh ditukarganti dan/atau dipindah milik. Kegagalan untuk menebus hadiah dalam tempoh 3 Bulan dari tarikh pemberitahuan akan membatalkannya tanpa sebarang pampasan.
21.Pihak penganjur dan Kementerian Pelancongan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan, kemalangan dan kerosakan yang ditanggung, secara fizikal, mental atau dari segi kewangan daripada penggunaan laman web go2homestay.com dan/atau Portal Mobil.
|

